Come n' Join

Tuesday, June 9, 2009

Susulan Kejadian Bumbung Stadium Sultan Mizan Runtuh




>>Bumbung tempat duduk utama termasuk Pentas Diraja ranap

KUALA TERENGGANU: Sebahagian bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kompleks Sukan Gong Badak di sini, runtuh semalam menyebabkan timbul pelbagai persoalan kerana stadium bernilai RM292 juta itu baru setahun digunakan. Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, struktur bahagian bumbung di tempat duduk utama termasuk Pentas Diraja ranap dan menimpa sebuah kereta, tiga motosikal serta sebuah jentera berat yang diletak berhampiran kawasan itu, tetapi tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

INFO

Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin
  • Dibina Mei 2006; siap 2008

  • Kos RM292 juta

  • Sebahagian daripada Kompleks Sukan Gong Badak bernilai RM500 juta

  • Kapasiti 50,000 orang

  • Mempunyai prasarana sukan bowling dan skuasy

  • Dimajukan beberapa kontraktor tempatan; kerja pemasangan bumbung dilakukan syarikat Korea Selatan

  • Stadium pertama di Asia guna sistem bumbung tanpa sokongan tiang


  • >>'Tiada maklumat lengkap rekaan bumbung stadium'

    Oleh Sean Augustine
    bhkt@bharian.com.my

    KUALA TERENGGANU: Butiran terperinci berhubung rekaan dan bahan binaan bumbung tanpa sokongan tiang atau ‘space frame’ untuk Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang runtuh Selasa lalu, tidak pernah diberikan kepada arkitek utama projek itu, Raja Datuk Kamarul Baharin Shah Raja Ahmad. Raja Kamarul Baharin berkata, walaupun syarikatnya Senibahri Arkitek tidak bertanggungjawab terhadap struktur bumbung itu, beliau sudah menyuarakan kebimbangan mengenai ketidakstabilan rekaan itu kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) tahun lalu dan sekali lagi pada awal tahun ini.

    >>Bumbung stadium tiada sijil siap kerja: JKR

    KUALA TERENGGANU: Bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin dekat sini yang runtuh pagi semalam tidak memiliki Sijil Siap Kerja yang dikeluarkan Jabatan Kerja Raya (JKR).

    Timbalan Pengarah Kerja Raya Negeri, Ghazali Hashim, ketika mengesahkan perkara itu, berkata bumbung berkenaan adalah antara kemudahan di stadium itu yang belum diberikan sijil berkenaan.

    Mengikut amalan kerja, katanya, JKR akan mengeluarkan Sijil Siap Kerja terhadap bangunan milik kerajaan yang sudah siap dibina.

    Ruj: B.Harian

    No comments:

    Post a Comment